Cat's Eye Nebula - NGC 6543
Gambar diambil Hubble Space Telescope NASA sekitar tahun 1995 dengan nama katalog NGC6543, atau lebih dikenali dengan Cat's Eye Nebula. Pertama kali dijumpai oleh William Herschel pada 15 Feb. 1786.
Terletak di celah-celah buruj Draconis di hemisfera utara di RA17 hrs 58.6 mins Dec.+66" 38' dengan kejelasan 8.1 mag. dan jarak 3000 tahun cahaya (kelajuan cahaya @ 3,000,000 km/saat), NGC6543 sukar dilihat dengan mata kasar.
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Selain itu (sungguh ngeri) tatkala langit pecah-belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat saperti minyak! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?"
Al Rahman 55:37-38
"When the sky is rent asunder, and it becomes red-like ointment! Then which of the favors of your Lord will you deny?" Al Rahman 55:37-38
Alhamdulillaah, dengan kemajuan manusia dan kehendakNya jua, Allah telah menunjukkan dalil-dalilnya kepada kita satu demi satu demi satu, itu pun bagi mereka yang mahu berfikir.
Pakar astronomy membuat perkiraan bahawa nebula Cat's Eye (bahasa Yunani/Greek bermaksud awan) atau Mata Kuching ini adalah saki-baki (remnants) letupan bintang (supernova) yang berlaku sekitar 1,100 tahun lalu. Hampir bertepatan dengan tarikh turun AlQuran 1,400 tahun lalu. Mungkinkah lebih tepat kalau dikatakan supernova itu berlaku 1,400 tahun lalu?
Nama Cat's Eye Nebula pada hemat penulis tidak tepat kerana nebula ini lebih menyerupai sekuntum mawar merah, lengkap dengan dua kelopak daun hijau. Tidak salah penulis sarankan namanya ditukar kepada Red Rose Nebula dan bukan Cat's Eye Nebula! Apa kata anda?
Sila rujuk NASA Hubble Space Telescope, Cat's Eye Nebula, NGC 6543 untuk pengesahan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home