Pelancar Roket Air/ Water Rocket Launchers
Water Rocket Launcher/ Pelancar Roket Air
Perlukan pelancar roket air (Water Rocket Launchers)? Nak lancar roket tapi tiada pelancar? Tak perlu khuatir, teruskan bersama Gembara...
Membina roket menggunakan bekas botol air bergas (minuman berkarbonat atau carbonated drinks bottle) memang mencabar tetapi cukup mudah! Yang perlu cuma kesabaran, kreativiti dan peralatan yang sebaiknya.
Apabila kita mula mahir membinanya, saat paling menerujakan ialah saat melancarkannya. Seronok bila roket meluncur tegak ke zenith melepasi ketinggian pokok sehingga mencapai 200 meter. Dan bila ia dilancar cara sudut acute, ia boleh melepasi pagar padang sekolah! Jadi berhati-hati bila melancarkan roket bagi mengelak roket mengenai orang atau kenderaan.
Sepanjang pengalaman penulis membimbing para pelajar membina roket air, belum ada lagi kes tidak diingini berlaku. Oleh itu pastikan langkah keselamatan dan disiplin diamalkan selalu.
Roket botol air tidak membahayakan kerana tiada bahan peledak digunakan. Yang digunakan cuma air dan tekanan udara. Oleh itu ia bersesuaian untuk pelajar sekolah rendah selain menengah.
Roket mestilah dibina aerodinamik dan sirip (fins) yang mampu membelah udara dengan cantik. Tak mengapa sekiranya masa yang lama ditumpukan sewaktu mereka-bentuk dan membina roket. Kerana sayap atau sirip yang baik ini akan menentukan roket yang baik.
Botol perlu diisi sekadar 1/3 air botol saja. Jangan terlalu disarati air kerana roket yang terlalu dibebani air tidak mampu naik tinggi.
Roket yang telah diletak pada pelancar kemudian dimampatkan dengan udara menggunakan pam basikal (lebih baik kompresor) sekitar 45-65 psi. Sebaiknya carilah pam basikal yang ada pressure gauge atau meter tekanan. Roket yang dibina dengan baik mampu meluncur pada kelajuan yang sungguh laju dan boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 200 meter atau jarak sehingga 250 meter secara trajektori!
Satu lagi kaedah yang lebih mencabar ialah membina roket yang mampu dilancar tinggi, kemudian diturunkan dengan payung terjun atau parachute. Ia memerlukan kemahiran yang lebih. Pada pemerhatian penulis banyak kejadian parachute yang tidak dapat terbuka untuk memperlahankan pendaratan roket. Roket dapat meluncur tinggi, tetapi sayang roket jatuh dengan parachute nya sekali di dalam ruang botol.
Ada juga juga kejadian parachute yang terbuka dulu sebelum roket mencapai ketinggian! Saat sebegini melucukan dan pelajar akan melepaskan tension dengan berketawa ramai, kelakar!
Pelancar roket berperanan penting. Pelancar roket buatan tempatan mudah didapati. Kebanyakannya menggunakan batang paip atau fibreglass untuk menyalurkan udara dan air ke dalam botol. Untuk itu pastikan botol tidak bocor dan berhati-hati ketika menggunakan pisau pemotong.
BEKALAN PELANCAR ROKET AIR atau WATER ROCKET LAUNCHER:
Pelancar roket berperanan penting. Pelancar roket buatan tempatan mudah didapati. Kebanyakannya menggunakan batang paip atau fibreglass untuk menyalurkan udara dan air ke dalam botol. Untuk itu pastikan botol tidak bocor dan berhati-hati ketika menggunakan pisau pemotong.
BEKALAN PELANCAR ROKET AIR atau WATER ROCKET LAUNCHER:
Untuk pelancar roket atau water rocket launcher, sila hubungi Gembara di telefon bimbit 012.27.1.1977 atau e-mel gem_bara@yahoo.com. Satu unit pelancar harganya sekitar RM650.00 sehingga RM1,800 mengikut model. Pelancar yang mahal sikit itu diberikan waranti sehingga melebihi setahun!
Sila juga rujuk kepada website roket lain dengan menggoogle "water rockets". Selamat mencuba!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home